Hampir tiada yang menyangkal keikhlasan dari hati TG Nik Aziz untuk menerima tajaan haji tahun ini dan rata-rata tidak melihatnya sebagai rasuah. Hanya ramai yang mempertikaikannya pada segi kewajaran dan kesesuaiannya disebabkan beliau berjawatan dan masih berkuasa. Apapun saya - termasuk juga anda di luar sana mungkin - disaat ini berasa sedikit lega bila situasi kelam-kabut ini menunjukkan nokhtahnya. Setidaknya itu apa yang digambarkan Kickdefella yang sehingga post terkini beliau menampakkan Ariffahmi bagaikan enemy of the state.
Sheih tidak gagal dalam menyakinkan bahawa CEO PMBK inilah yang menjadikan keadaan huru-hara dan menjadikan ramai penyokong PAS tergamam serta mengambil sikap tunggu dan lihat. Susah untuk saya menimbang samada pendedahan ini disenangi TG Nik Aziz mengingatkan takkala surathabar mendedahkan aib Anwar secara terperinci lewat kes liwat dahulu, TG Nik Aziz telah menunjukkan sikap dan pendirian yang amat tegas dan panas melalui komennya. Harapan saya kedua-dua isu ini berada pada tahap berbeza asalkan diri yang membongkar tidak mempunyai perkiraan peribadi terhadap yang satu lagi.
Isteri saya berulangkali bertanya kenapa TG Nik Aziz sanggup menerima tajaan tersebut dan jawapan saya sama; saya tidak dapat melihat "kenapanya". Saya mengharapkan hikmah ada memainkan peranan dengan status beliau sebagai orang yang mempunyai pemutus-kata dalam hal-hal agama. Adam as telah dikeluarkan dari syurga hanya kerana memakan sebiji buah; perbuatan yang tiada nilainya jika dilakukan oleh seorang insan lain. Mungkin itu dalih yang dapat menyedapkan hati saya. Apa pun, Islam mengajar kita agar tidak taksub berkarat pada individu tertentu hingga menjurus kepada beranggapan beliau telah mencapai tahap tidak mungkin melakukan kesalahan dan tidak mungkin termakan nasihat. Umar ra memohon pada Rasulullah saw untuk memangkas kepala Hatib bin Abi Balta'ah kerana membocorkan rahsia rancangan Nabi saw menakluki Kota Mekah. Itu secebis peristiwa yang didalangi (turunnya) Surah Al-Mumtahanah yang dapat kita kutip pengajaran darinya; hendaknya ada di sana reserve kita terhadap seseorang walau sejauh mana kepercayaan kita terhadapnya.
"Apa, tak ada ke orang yang nasihat Nik Aziz?", tanya isteri saya. Saya tembak; "...mungkin disebabkan kedudukannya".
Saya sendiri tidak percaya pada jawapan yang saya berikan.
Nov 19, 2009
Sedikit Lega
Subscribe to:
Posts (Atom)