Kasut bawa tuah untuk Al-Muntazer kerana ada si ayah yang menawarkan anak perempuannya untuk dikahwini beliau kerana keberaniannya memberikan kedua-dua kasutnya pada Bush. Itu di Iraq. Kawan blogger aku - kalaulah tidak disebabkan beliau hanya mempunyai sepasang kasut sahaja - beliau akan menghabiskan hidupnya dengan membaling kasut-kasut pada ahli-ahli politik. Semoga beliau dimurahkan rezeki!
Yang aku rasa agak menarik apabila TG Nik Aziz menyatakan membaling kasut juga salah satu cara (uslub) berdakwah. Ha..ha..Itu sebabnya ada kitab-kitab kuning dulu-dulu memulakan dengan ayat-ayat yang agak kasar; bagi terkejut biawak! Imam Ghazali buat begitu. Dengar kata Al Shahid Hassan AlBanna juga pernah "melemparkan" api pada mad'unya bagi mendapatkan perhatian. Bunyi macam David Blaine. Cuma ulama-ulama silam tidak pernah (atau mungkin aku tak pernah dengar?) membalingkan kasut. Atau mungkin kasut dulu-dulu agak mahal harganya sebab 100 persen kulit kot. Kasut, setakat yang aku tahu tidak pernah mengambil tempat yang agak spesial dalam masyarakat Islam. Tidak sehingga AlMuntazer menunjukkan jalan. Imam Malek bin Anas diriwayatkan tidak suka berkasut semasa di Madinah dek kerana hormatnya beliau pada seorang manusia agong berpangkat rasul yang bersemadi di situ.
Kasut AlMuntazer telah membuka banyak mata; disedari atau tidak. Dan kasut AlMuntazer juga menjadi akhiril-qalam yang agak baik untuk Bush sebagai presiden Amerika.
Dan Islam tidak memerlukan Bush kerana orang Islam merupakan mereka yang cerdik. Dan sebab itulah orang Islam tidak memakai kasut berjenama yang mahal-mahal harganya!
2 comments:
Bro, amin untuk doa kamu di atas itu. Sejujurnya saya memang hanya ada sepasang kasut yang elok untuk dipakai. Satu lagi baru sahaja koyak. Bolehlah digunakan untuk membaling. Mungkin sasaran pertama adalah Gapena, yang tiba-tiba mahu jadi hero?
Tak ada gunanya. Kata Pn Ainon PTS Gapena tu pro-UMNO. Kalu dibaling juga, konfirm anda org UMNO!
Post a Comment