Sep 28, 2008

Yang mampu dibaca sepanjang Ramadhan

Ramadhan kali ini tidak menampakkan progres yang baik dalam mengimbangi kuantiti buku yang dibaca. Hanya tiga buku yang dapat dibuat teman sepanjang bulan ini;

1. Mutiara 2 Tok Guru (TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang)
2. Taujih Ruhiyah (Abdul Majid Al-Bilali) - terjemahan Indonesia
3. Melamar Bidadari melalui Shalat Malam (?) - juga buku terbitan Indonesia

Yang pertama merupakan coretan/ ceramah lama kedua-dua tokoh gerakan Islam, PAS. Bagaimanapun bagi saya apa yang dimuatkan dalam buku ini masih relevan dan evergreen perbincangannya.

Buku kedua adalah sebuah buku yang menyentuh permasalahan penjernihan hati. Amat baik perbincangannya kerana penulis telah membawa nas-nas, dan hujjah-hujjah serta panduan-panduan dari salafus salih terdahulu yang jarang dapat kita petik dari buku-buku terbitan di sini. (Buku yang ada di tangan saya adalah jilid kedua, dan jika diizinkan Allah swt saya akan mendapatkan jilid pertamanya. Cuma buat masa ini masih tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya, Wisma Yakin mungkin).

Melamar Bidadari adalah sebuah buku menarik (kulitnya juga) dan sebuah buku ringkas tentang shalat malam. Di sana ada panduan tentang shalat tahajjud dan shalat witir yang mudah diikuti perbincangannya. Dan yang lebih pentingnya, penulis telah mendatangkan dalil dan hujjah yang kuat pada satu-satu perkara yang diketengahkan beliau mengenai amalan shalat malam Nabi saw.

Semoga bermanfaat.

0 comments: